Itali Larang Pelancong Dari 13 Negara

- Advertisement -

KERAJAAN Itali menyekat kemasukan pelancong dari 13 buah negara berkuatkuasa pada Khamis, lapor AFP.

Larangan itu dikuatkuasa terhadap negara yang dianggapnya berisiko tinggi bagi penularan Covid-19.

Senarai lengkap merangkumi Brazil, Armenia, Bahrain, Bangladesh, Bosnia, Brazil, Chile, Republik Dominika, Kuwait, Macedonia Utara, Moldova, Oman, Panama dan Peru.

Keputusan melarang pengunjung dari negara tersebut memasuki Itali ditandatangani oleh kementerian kesihatan dengan persetujuan kementerian dalam dan luar negeri serta pengangkutan.

“Di seluruh dunia, pandemik memasuki fasa yang lebih teruk,” kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza.

“Kita tidak boleh mensia-siakan pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat Itali dalam beberapa bulan terakhir,” tambahnya.

Itali adalah negara pertama dijangkiti virus itu selepas ia muncul di China akhir tahun lalu.

Hampir 35,000 orang mati akibat virus di Itali, menurut angka rasmi dan melibatkan lebih 242,000 kes.

Penyebaran koronavirus semakin perlahan dengan 12 kematian baru diisytiharkan pada Khamis, sejak 15 hari lalu.

Media melaporkan,Brazil mengalami jumlah kematian Covid-19 tertinggi selain Amerika Syarikat, dengan hampir 68,000 orang meninggal dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat