Datuk Bandar Seoul Ditemui Mati

- Advertisement -

MISTERI kehilangan Datuk Bandar Seoul sejak Khamis terjawab apabila pihak berkuasa Korea Selatan menemui mayatnya.

Mayat Park Won-Soon ditemui berhampiran kawasan pergunungan Bugak di utara negara itu, lokasi terakhir isyarat telefonnya dikesan.

Polis belum mengesahkan punca kematian Won Soon.

Kehilangan Won Soon dilaporkan anaknya.

Ini selepas dia dilaporkan tidak muncul di pejabat, dan membatalkan mesyuarat dengan pegawai Presiden.

Kehilangan Won Soon dikaitkan dengan satu laporan gangguan seksual yang difailkan seorang pekerja ke atasnya.

Sejumlah 600 pegawai polis dan anggota penyelamat terlibat dalam operasi mencari Won Soon.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat