Hayati Dan Pertahankan Prinsip Rukun Negara Demi Keharmonian Kaum – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata Rukun Negara adalah satu prinsip yang menjadi asas identiti diri dan penyatuan rakyat Malaysia selama ini. Kehormanian dan perpaduan kaum yang kita kecapi hari ini perlu terus dipertahankan, kerana negara telah melalui pelbagai cabaran untuk sampai mencapai tahap sebuah negara yang berjaya.

Malaysia begitu unik dengan kepelbagaian bangsa dan agama, kita berjaya menjadi contoh kepada negara luar kerana kehormanian yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Kejayaan ini tidak akan dikecapi jika rakyat tidak menghayati Rukun Negara dengan sebaiknya walaupun kadang-kadang ada isu-isu yang berbangkit, kita dapat menguruskan dengan baik. Beliau berucap dipelancaran sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang berlangsung di Putrajaya.

“Persefahaman dan perpaduan yang dikecapi Ketika ini merupakan pencapaian yang harus dibanggakan dan dikekalkan seluruh lapisan masyarakat”

“Saya yakin sebarang perbuatan yang boleh menyinggung perasaan orang lain dan menggugat kehormanian serta perpaduan boleh dielakkan sekiranya kita semua mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara” tambah Tan Sri Muhyiddin lagi.

Rakyat harus berbangga menjadi warganegara Malaysia walaupun kita hidup dalam kepelbagaian agama, bangsa dan budaya kerana kita mempunyai jati diri disebabkan sebahagiannya dibentuk oleh Lima (5) Prinsip Rukun Negara iaitu:

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
  3. Keluhuran Perlembangaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Negara akan berjaya mengatasi apa sahaja cabaran jika semangat perpaduan menjadi teras rakyat Malaysia dan saling sikap tolong-menolong diperkukuhkan.

Foto kredit : Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat