Lihat Perbandingan Saiz iPhone 12 Berbanding Model iPhone 7 Dan SE

- Advertisement -

Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi model terbaru Apple iPhone, dapat dilihat semakin banyak ura-ura yang tertiris dan terbaru, sebuah model prototaip memperlihatkan iPhone 12 5.4-inci mulai dikongsikan kepada orang ramai.

Menerusi rekaan model iPhone 12 5.4-inci yang tertiris, seorang pengguna telah membandingkan saiz iPhone terbaru dengan iPhone SE generasi pertama bersama iPhone 7. Siapa sangka, di sebalik penawaran skrin yang lebih besar, iPhone 12 5.4-inci tampil dengan saiz yang lebih kecil berbanding iPhone 7.

Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja

https___hypebeast.com_image_2020_07_apple-iphone-12-5-4-inch-size-comparison-info-002

https___hypebeast.com_image_2020_07_apple-iphone-12-5-4-inch-size-comparison-info-001

9BC681F9-6650-421B-9462-358FDB7426FA

Kembalinya rekaan berbentuk kotak seakan iPhone 5 antara yang menggembirakan ramai peminat Apple dimana model dengan rekaan kotak dilaporkan lebih selesa untuk digunakan. Difahamkan model prototaip iPhone 12 5.4-inci ini sedia untuk didapatkan di Taobao ketika ini.

Apple iPhone 12 dijangka bakal disertakan dengan processor Apple A14 dalam menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi buat para pengguna. Kualiti kamera juga antara yang ditingkatkan pada model iPhone 12 Pro dan Pro Max. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak Apple apabila mula dilancarkan secara rasmi pada September ini.

TVOCKET

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat