Adun DAP Isytihar Keluar Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh mengumumkan keluar DAP hari ini.

Beliau bagaimanapun menyatakan hasrat untuk terus kekal sebagai wakil rakyat yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Mary yang merupakan ADUN Rahang selama dua penggal itu membuat pengumuman berkenaan dalam sebuah sidang media hari ini.

“Sangat menyakitkan, saya telah bersama DAP selama 46 tahun. Saya masih menyokong kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya meletakkan jawatan sebagai setiausaha organisasi Wanita DAP, naib ketua wanita PH nasional, ketua wanita DAP negeri dan timbalan ketua wanita PH negeri.

“Keputusan saya adalah muktamad,” katanya.

Mary juga menegaskan kepada pengundi-pengundi di Rahang bahawa beliau masih bersama mereka dan tetap bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat. Pusat perkhidmatan saya yang beroperasi dua kali sebulan akan berterusan.

“Saya tidak berubah, saya masih YB, saya masih orang yang sama. Datanglah kepada saya jika anda mempunyai apa-apa masalah,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat