Siasatan di lokasi berpandukan keterangan ibu Zayn Rayyan selesai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pasukan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di lokasi kejadian dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya, selesai kira-kira jam 2 petang tadi.

Siasatan berakhir sebaik kenderaan yang membawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, meninggalkan kawasan perumahan itu pada jam 2.08 petang, bersama kenderaan dinaiki Timbalannya, Deputi Komisioner Fadil Marsus.

Lima minit kemudian semua kenderaan dinaiki pasukan penyiasat dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) keluar dari lokasi kejadian sebelum laluan yang ditutup ketat oleh pihak polis sejak jam 9.45 pagi dibuka semula secara keseluruhan.

Berdasarkan tinjauan media di lokasi, hanya ibu Zayyan yang juga saksi yang kini berada dalam tahanan polis dibawa ke lokasi bagi tujuan lakonan semula situasi di lokasi kejadian.

Sehingga proses siasatan berakhir, kelibat suami wanita itu yang turut berada dalam tahanan reman polis tidak kelihatan, lapor BH pada Isnin.

Sumber di lokasi kejadian memaklumkan, sepanjang siasatan hari ini, wanita itu dibawa kembali ke kediamannya di Blok R, Apartmen Idaman, selain turut dibawa ke kawasan anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari situ iaitu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui mati pada jam 9.50 malam, 6 Disember lalu.

Setakat ini pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung siasatan yang dilakukan kepada pihak media.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat