Tubuh MAGERAN? ‘Keadaan Sekarang Jauh Berbeza Dengan Darurat Keselamatan 1969’ – Ketua Setiausaha Sulit Pm

KUALA LUMPUR: Darurat yang berkuat kuasa pada masa ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Darurat Keselamatan pada 1969, justeru cadangan mewujudkan sebuah badan yang berkuasa mutlak seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bukanlah satu langkah yang sesuai.

Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad, berkata berikutan itu, cadangan sedemikian adalah langkah ke belakang yang akan merencatkan usaha kerajaan dan semua pihak dalam menangani krisis yang dihadapi negara.

“Ia adalah satu langkah ke belakang yang akan merencatkan perancangan kerajaan dan segala usaha penjawat awam, para frontliners, pihak industri dan rakyat seluruhnya untuk memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi pada masa ini,” jelas Marzuki di dalam perkongsian video terbaharunya di Facebook, malam ini.

Marzuki dalam pada itu menggariskan tiga faktor yang membezakan keadaan sekarang dengan darurat pada 1969, sekali gus menunjukkan tiada keperluan untuk menubuhkan MAGERAN.

“Pertamanya, kita tidak berhadapan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan.

“(Kedua) Kabinet sedia ada sedang berfungsi dan membuat banyak keputusan bukan sahaja mengenai pandemik COVID-19, tetapi juga mengenai pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, kebajikan rakyat, kewangan, keselamatan, pertahanan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran negara secara keseluruhannya.

“(Ketiga) Kerajaan juga telah ada beberapa mekanisme khusus untuk menangani pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau membuat ulasan itu sebagai menjawab cadangan beberapa pihak agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menubuhkan MAGERAN untuk mengurus negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.

– Astro Awani

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Pesakit Kategori 4, 5 Meningkat, Penggunaan Katil ICU Cecah 97 Peratus – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang diperoleh daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) perkhidmatan hospital di seluruh...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Pembayaran Tunggakan Cukai LHDN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal mendapatkan penangguhan terhadap perintah mahkamah berhubung pembayaran tunggakan cukai RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam...

Pahang Catat Penurunan Kes Covid-19 Yang Ketara: Wan Rosdy

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Pahang telah mencatatkan penurunan kes Covid-19 begitu ketara semenjak 19 Mei lepas. Katanya,...