Pencapaian Terbaik SPM Dalam Tempoh Lima Tahun

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Gred Purata Nasional (GPN) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020  sebanyak 4.80 merupakan pencapaian terbaik sepanjang tempoh lima tahun lalu pada tahun 2019 ia mencatatkan 4.86, 4.89 (2018), 4.90 (2017), 5.05 (2016).

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, menyatakan jumlah mereka yang layak mendapat sijil juga meningkat sebanyak 1.96%  kepada 88.68% berbanding 86.72% dalam SPM 2019 dan 86.39% pada 2018.

Seramai 401, 105 calon mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 mulai  22 Februari 2021.

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah menjejaskan sistem pembelajaran sekolah dan sebahagian waktu menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ini menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia peperiksaan yang sepatutnya diadakan pada 5 Oktober dan November 2020 ditunda ke Februari 2021 bagi memberi peluang kepada pelajar mempunyai lebih masa untuk belajar.

Keputusan peperiksaan SPM 2020 tanpa kod QR KPM boleh diperolehi secara atas talian di myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my mulai 10 Jun 2021.

Manakala bagi keputusan penuh dengan kod QR boleh dimuat turun 14 Jun 2021 di myresult3.moe.gov.my.

Pelajar yang gagal mengakses laman sesawang terbabit juga boleh mendapat keputusan ringkas SPM 2020 melalui sistem pesanan ringkas (sms) dengan menghantar pesanan: SPM <jarak>No Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran ke nombor 68886.

Bagi pelajar yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah tidak mempunyai kemudahan akses internet, keputusan peperiksaan akan disampaikan oleh pihak sekolah kepada mereka mengikut kesesuaian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat