Adun Amanah Minta Dibicarakan, Tak Mengaku Salah Tuduhan Cabul Wanita PKR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil hari ini di Mahkamah Majistret Shah Alam mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Memetik laporan Malaysiakini, Faiz Fadzil dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun pada 8 Mac lalu, antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam, ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.

DPP Zahida Zakaria, daripada unit jenayah seksual Jabatan Peguam Negara, mengesahkan pertuduhan terhadap Faiz Fadzil yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Reza Azhar Rezali.

Menurut beliau, ahli politik Amanah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dengan syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan.

“Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 6 Ogos untuk penyerahan dokumen,” katanya, dipetik dari laporan portal itu.

Yuslaini Azmi, wanita yang mendakwa menjadi mangsa cabul itu dikenal pasti oleh sebuah portal dalam talian, MalaysiaNow menerusi laporan 24 Mac lalu sebagai ahli PKR.

Dalam laporan tersebut, aktivis PKR itu berharap tuduhannya terhadap Adun Permatang Pasir dari Amanah itu tidak disalahguna atau dijadikanbahan politik oleh mana-mana pihak.

“Saya menolak segala politik kotor yang akan mengeruhkan situasi hanya kerana kami berada dalam blok pembangkang,” kata Yuslaini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat