Premis milik MARA tak operasi akan terima notis pengosongan – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Premis milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang tidak beroperasi atau sekadar dijadikan stor akan diberi notis 2 bulan untuk dikosongkon.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tegas dengan tindakan drastik itu sejajar Program Transformasi Premis Komersil MARA.

“Salah satu langkah drastik Program Tranformasi Premis Komersil MARA, mana-mana premis MARA yang dijadikan stor atau tidak dibuka sebagaimana perjanjian akan diberi notis 2 bulan kosongkan,” tegas Asyraf dalam kenyataan pada Jumaat.

Baru-baru ini Asyraf memaklumkan, sebanyak 7,289 premis komersial milik MARA akan berwajah baharu menerusi program Transformasi Premis MARA.

Beliau berkata pembaharuan premis dengan peruntukan sebanyak RM16 juta tahun ini, membabitkan arked, bazar dan lot kedai milik agensi itu.

“Sebanyak 7,289 premis komersial MARA (Arked, Bazar, Lot Kedai dan lain-lain) akan berwajah baharu melalui program Transformasi Premis MARA.
“RM16 juta diperuntukkan tahun ini. Sewa untuk Bumiputera termurah,” katanya.

Asyraf berkata beliau turut meminta pengurusan MARA untuk melakukan audit besar-besaran terhadap semua premis berkenaan.

Tegasnya, jika ada yang menyalahgunakan premis terbabit, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan kontrak penyewa.

“Saya sudah minta pengurusan buat audit premis secara besar-besaran ke atas 7,289 premis komersial MARA.

“Jika ada yang digunakan untuk stor maka tindakan tegas akan diambil termasuk kontrak akan dibatalkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat