Rumah terbuka Aidilfitri GGR MOTOR (M) SDN BHD disambut meriah

- Advertisement -

GGR Motor (M) Sdn Bhd sebuah Syarikat yang diterajui oleh Pemenang Platinum bagi Anugerah Ikon Usahawan di dalam Bidang Automotif dan Mobiliti, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi dikenali sebagai Dekmat dan Prof Dr Nizar Abdul Jalil.

GGR Motor (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pemotoran yang menyokong penuh usaha pembangunan industri EV di Malaysia selaras dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dilancarkan pada Disember 2023.

Oleh yang demikian, GGR Motor menyahut galakan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam proses peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) ini. Ini bagi memastikan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam industri kenderaan elektrik (EV) seiring dengan pembangunan industri pemotoran elektrik

Gelombang global dalam peralihan kepada Kenderaan Elektrik (EV) bakal menyaksikan pasaran dan industri EV di Malaysia bakal berkembang dengan sangat pesat dalam tempoh kurang dari lima tahun. Untuk pengetahuan umum GGR Motor telah berjaya menjual sebanyak 100 biji motosikal elektrik (EV) dalam tempoh 2 hari.

Rekod jualan ini membuktikan peningkatan permintaan domestik bagi industri EV ini sangat mengagumkan disamping insentif pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan yang meliputi cukai import, cukai eksais dan juga jualan penuh bagi EV yang dipasang secara tempatan sehingga 31 Disember 2027.

Tiada pencemaran udara dan berjaya mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, merupakan dua faktor utama yang menjadikan tunggak utama GGR Motor yang dikenali sebagai Dekmat, komited meletakkan sasaran penuh jualan sebanyak 5000 unit bersamaan dengan nilai jualan sebanyak RM50,000,000.00 sehingga berakhirnya Disember 2024.

Ia sekali gus memacu pertumbuhan pekerjaan berkemahiran didalam teknologi baru di Malaysia serta berpendapatan tinggi di dalam sektor EV dan teknologi hijau.

Syarikat bumiputera yang mempunyai dua cawangan penuh iaitu di Damansara dan Johor Bahru ini akan meneruskan sesi penjualan mereka dengan lebih komited dalam memacu industri ini menerusi kerjasama erat dengan pelbagai industri yang realistik.

Dalam perkembangan sama, GGR Motor turut menjalinkan kerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) untuk menjadikan penggiat seni sebagai Duta jualan motosikal EV Bike Elektrik secara lansung kepada peminat-peminat mereka.

Di Majlis sambutan rumah terbuka Aidifitri GGR Motor yang telah diadakan semalam, satu memorandum persefahaman (MoU) turut dimeterai oleh Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Musaddiq (Dekmat) dengan Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid pada malis tersebut.

Turut diumumkan pada majlis tersebut pelantikan Bella Astilla sebagai duta bagi produk EV Bike Elektrik GGR Motor.

Kerjasama ini membolehkan peminat dan bakal pembeli motosikal ini mempunyai akses lebih mudah mendapatkannya menerusi artis-artis pujaan mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat