Isu SMK Khir Johari dinaik taraf jadi kolej Tingkatan Enam selesai – Fadhlina

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan isu untuk menamatkan kelas tingkatan satu hingga lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di Sungai Petani, Kedah bagi memberi laluan kepada Kolej Tingkatan Enam sudah selesai, lapor HMetro.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam laporan itu berkata perkara tersebut bukan isu dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana pelajar sedia ada di sekolah berkenaan ketika ini akan meneruskan sesi pembelajaran sehingga 2027.

Tambahnya lagi, pihaknya kini mahu memberi tumpuan untuk mencari jalan bagi menaiktaraf sekolah itu sebagai pusat pemusatan tingkatan enam.

“Isu ini (menamatkan tingkatan satu hingga lima) telah selesai dan tidak berbangkit. Di sini, yang kita nak bagi tumpuan adalah berkaitan dengan bagaimana nak menaikkan taraf sekolah itu sebagai pusat pemusatan tingkatan enam.

“Soal akses pendidikan semua telah pun selesai dan saya fikir tidak ada apa-apa isu yang perlu dirisaukan kerana anak-anak ini masih bersekolah hingga 2027.

“Keputusan ini sudah dipersetujui untuk meningkatkan kualiti pendidikan khususnya memberi tumpuan kepada pelajar tingkatan enam di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata bagi mengulas gesaan ibu bapa sekolah berkenaan yang mahu KPM mengkaji semula keputusan menukar SMKKJ sebagai Kolej Tingkatan Enam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat