‘Harap mereka bersihkan hati’ – Abby Abadi

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia masih mendambakan bekas suaminya yang juga pelakon Norman Hakim.

Abby berkata, dia berharap individu yang mempunyai mentaliti sebegitu supaya membersihkan hati dan mendoakan yang terbaik untuk kehidupan mereka.

“Ada ramai yang komen kata saya masih nak kat Norman. Sudah 14 tahun berlalu, sudahlah tu. Mari sama-sama bersihkan hati.

“Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam reda-Nya. Doakan kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke syurga. Buat baik dan berbaik-baik. Allah sebaik-sebaik penilai,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Dalam masa sama, Abby turut tampil menjelaskan sebab utama dia bersama suaminya, Faizal menyambut Aidilfitri dengan keluarga Norman.

“Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan sambut raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang. Tapi ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis, kenapa mesti nak raya bersama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu kenapa begini. Banyak pula persoalan ya? “Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?,” tulisnya.

Menurut Abby, sebelum ini pernah ada selebriti yang mempersoalkan kehadirannya menyambut Aidilfitri bersama bekas suaminya.

“Tak nampak ke dengan anak-anak sekali serta pasangan kami tu? Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun dah macam ini, memang ke mana-mana pun rancang sama-sama sebab anak-anak ramai. Kami bincang supaya semua dapat bersama dan apa yang jadi masalah sangat tu?” katanya.

Abby dan Norman berkahwin pada 2002 dan mengambil keputusan bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19; Marissa Dania Hakim, 17; dan Danisha Hakim, 14.

Abby kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal pada 2015.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat