Hapus hutang PTPTN penipuan terhebat PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mengimbau detik kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) empat tahun lalu dikatakan sejarah hitam buat Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan janji PH paling berjaya dan berkesan ialah penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Antara janji PH yang paling berjaya mencetuskan gelombang besar kemenangan mereka adalah janji penghapusan hutang PTPTN, sehinggakan ruangan media sosial 4 tahun lalu pada tarikh hari ini dipenuhi dengan pelbagai reaksi di kalangan anak-anak muda yang begitu seronok menzahirkan kepuasan hati mereka tidak perlu lagi membayar balik hutang PTPTN,” katanya di Facebook pada Selasa.

Bukan cuma itu Asyraf juga mengakui ibu bapa di kalangan jentera UMNO turut termakan janji kosong berkenaan.

“Ramai dikalangan ibu bapa termasuk jentera UMNO juga termakan. Masakan tidak ada antara anak-anak mereka bersungguh-sungguh memujuk rayu: “Abah dan Mak bagilah undi sekali ini je pada PKR(PH).

“Bayangkan hutang PTPTN Kakak sahaja yang kena bayar RM35,500, Adik RM 28,000. Kalau PH menang jimat RM63,500!” bidas Asyraf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat