PM umum PKP seluruh negara

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun.

Muhyiddin menjelaskan keputusan itu dibuat susulan peningkatan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat.

“Sehubungan itu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Dengan pelaksanaan PKP ini, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

Selain itu, bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu.

“Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.

“Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat