3,807 Jangkitan Baru Covid, 17 Kes Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,807 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 444,484 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,149 kes diikuti Sarawak (649) dan Kelantan (329).

Jelasnya, sebanyak 3,454 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 405,388 kes.
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 37,396.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 17 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,700.

“Seramai 434 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 224 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Isnin.

Dalam pada itu ujarnya, 19 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan tujuh kluster tempat kerja, lima kluster keagamaan, lima kluster komuniti dan dua kluster pendidikan lain. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat