COVID-19: Ketua Pemuda PAS Selangor Tidak Kritikal – DPPNS

SHAH ALAM, 8 Mei — Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa Hanafi Zulkapli berada dalam keadaan kritikal di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setiausaha DPPNS Muhammad Hanif Jamaluddin berkata Ketua Pemuda PAS negeri itu dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis lepas ekoran lemah susulan demam yang berterusan sejak beliau mula dimasukkan ke pusat kuarantin.

“Alhamdulillah, setakat ini Ustaz Hanafi dalam keadaan baik, cuma sedikit lemah sebab masih demam.

“Maklumat tempoh hari yang mengatakan beliau kritikal tidak tepat, cuma badan beliau lemah sebab demam berterusan dari hari mula masuk MAEPS,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Hanif berkata setakat ini, isteri dan empat anak Hanafi juga sedang menjalani kuarantin di rumah mereka.

Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan Hanafi berada dalam keadaan kritikal selepas positif COVID-19.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Penggunaan Nama Perdana Menteri Perlu Ikut Kad Pengenalan – PMO

KUALA LUMPUR - Semua dokumen rasmi berkaitan nama Perdana Menteri kini perlu menggunakan nama aslinya seperti yang tertera pada kad pengenalan iaitu Mahiaddin Md...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Berita Berkaitan

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Dua Lokaliti Di Kunak Dikenakan PKPD Bermula Khamis – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Pangi Hujung dan Kampung JKR Lama di Kunak, Sabah bermula Khamis ini...

Bayaran Saguhati Sukarelawan Dinaikkan, Tanda Kerajaan Iktiraf Sumbangan – PM

TANGKAK - Kerajaan hari ini mengumumkan peningkatan bayaran sagu hati sukarelawan petugas kesihatan yang terlibat dalam proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19 kepada RM100 sehari...