Rakyat Mahu Saya Buat ‘Come Back’, Ada Parti Tawar Jadi Calon PRU15 – Norhizam

- Advertisement -

PETALING JAYA – Datuk Norhizam Hassan Baktee atau lebih dikenali YB Viral kini mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu bagaimanapun mengakui perlu bergerak atas tiket parti kerana tidak mahu mengulangi episod kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana bertanding sebagai calon bebas.

Norhizam Hassan turut mengakui dirinya telah ‘dipinang’ oleh parti-parti politik untuk menjadi ahli sekali gus ditawarkan sebagai calon PRU-15.

“Saya ada rekod cemerlang sebagai wakil rakyat Pengkalan Batu dan Exco Kerajaan Negeri Melaka, jadi perkara ini menjadi alasan kuat untuk bertanding di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya dalam PRU-15. Apatah lagi, rakyat mahu saya buat ‘come back’ dalam politik.

“Insya Allah, kalau ikutkan mahu bertanding kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, namun perlu ada rumah (parti). Kalau tiada rumah, sukarlah untuk menang seperti dilalui PRN Melaka meskipun saya cemerlang di DUN Pengkalan Batu,” katanya.

Kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya kini disandang Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Pada PRN Melaka, Norhizam gagal mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Batu sebagai calon bebas walaupun ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) beliau menang sebagai ahli DAP.

Beliau merupakan salah seorang daripada empat ADUN Melaka yang menyebabkan kerajaan negeri tumbang sehingga menyebabkan DUN dibubarkan pada 4 Oktober 2021 sekali gus memberi laluan kepada PRN Melaka.

Dalam pada itu, Norhizam enggan mendedahkan parti yang memberi tawaran kepada beliau sebagai ahli dan calon pilihan raya kerana perkara itu masih dalam perbincangan mulut.

Jelasnya, beliau terbuka untuk menerima tawaran mana-mana parti asalkan perkara itu tidak hanya cakap mulut sebaliknya perlulah melalui perjanjian hitam putih.

“Offer (tawaran sertai parti) itu banyak, tapi tengoklah. Namun saya bersedia untuk jadi ahli DAP semula ataupun UMNO kerana bagi saya parti politik ini tidak pernah salah, yang salah adalah kepimpinan parti itu sendiri,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat