SUNGAI KOYAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022.
Menurutnya, BPP ini bakal bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama yang melibatkan perbelanjaan RM30 juta.
Jelas Wan Rosdy lagi, BPP akan mula disalurkan kepada penerima bermula April hingga Julai depan.
“Bantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama iaitu Pelajar dan Anak Muda, Golongan B40, Kluster Umum dan Kluster Apresiasi.”katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada 426 orang penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal dari 13 kampung di sekitar kawasan Jelai, di sini, pada Sabtu.
Antara bentuk bantuan yang bakal diterima ialah:
”Tunai RM200 untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.
”Tunai RM100 – untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.
“ Tunai RM300 – untuk penggiat di media sosial.
“ 160,000 Kotak Aidilfitri – untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.” Katanya lagi.
Menurut Wan Rosdy lagi, kemampuan menyalurkan BPP ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini dan kerajaan negeri mengusahakan yang terbaik demi memelihara kebajikan rakyat di era pasca pandemik ini.
“Alhamdulillah, kemampuan menyalurkan BPP ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini.
”Ini hanya sebahagian. Kerajaan Negeri Pahang akan terus mengusahakan yang terbaik demi memelihara kebajikan rakyat di era pasca pandemik ini.” Ujarnya. -SUARATV