Kehadiran Secara Bersemuka Tanpa Penggiliran Bagi Semua Murid Sekolah Rendah

- Advertisement -

CYBERJAYA:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa kehadiran semua murid secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sekolah rendah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah,Kelantan dan Terengganu) adalah mulai 17 April 2022.

Seperti dipetik dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, kementerian berkenaan menambah, bagi sekolah rendah di negeri Kumpulan B, (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) pula adalah mulai 18 April 2022.

Ketetapan ini terpakai kepada semua murid sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM.

Keputusan ini adalah dengan mengambil kira kelancaran pengoperasian sekolah rendah secara bersemuka bermula pada 21 Mac 2022 dan pengoperasian sekolah menengah secara bersemuka tanpa penggiliran bermula pada 4 April 2022 serta pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua
institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat