Video: Rakyat Kedah Akur Saranan MB, Ikat Perut Guna Batu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Akur dengan saranan yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir salah seorang rakyat negeri itu mula mengikat perut.

Menerusi satu klip video yang dikirimkan kepada SuaraTV, sejak mengamalkan saranan tersebut dia merasa sihat.

“Ini adalah salah seorang rakyat Kedah yang telah mengikut saranan MB untuk ikat perut.

“Terima kasih MB kerana memberikan cadangan seperti ini, selepas mengikat perut saya rasa semakin sihat. (Sebab) tak bagi beras (bantuan) kita letak batu,” sindir lelaki tersebut.

Majoriti masyarakat di negeri itu sebelum ini melahirkan rasa tidak puas berhubung kenyataan tersebut.

Mereka meluahkan perasaan tersebut kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Assalamualakikum Dato Seri, kami orang Kedah akan mati sebab MB suruh ikat perut,” sindir Abdul Munir.

Najib kemudiannya berkata, pihaknya maklum akan perkara tersebut.

“Ya. saya ada baca berita itu tapi selepas itu, Berita Harian tukar tajuk berita pula. Mula-mula tajuk berita ialah “Rakyat Kedah diharap guna pendekatan ikat perut sepanjang PKP”

Tapi ditukar selepas beberapa jam menjadi “Kedah laksana pengurusan kewangan berhemah atasi impak COVID-19” Dorang memang suka suruh rakyat ikat perut,” jawab Najib pula.

Terdahulu Mukhriz meminta rakyat di negara itu agar berjimat cermat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kita bimbang wabak ini memberi impak kepada ekonomi Kedah dan harap rakyat dapat guna pendekatan mengikat perut sepanjang tempoh ini.

“Kerajaan (negeri Kedah) juga ambil pendekatan sama apabila semua perbelanjaan dilakukan secara berhemah kerana menyedari hasil yang diterima adalah terhad dan kita perlu memastikan perkhidmatan kepada rakyat berterusan,” katanya di Wisma Darul Aman semalam.

Sementara itu, rata-rata menyifatkan Mukhriz sebagai seorang pemimpin yang kedekut kerana tidak mahu membantu rakyat.

“Bapak dia (Mahathir) bahil anak dia (pula) kedekut kesian orang Kedah. Harta pemimpin punya la banyak (tapi) simpan je jadi pekasam (sebab) tak nak bantu rakyat. Kalau bahil tak payah la jadi pemimpin,” bidas Mila.

“Najib Razak, memang itulah resmi PM4/7 (Mahathir) dan anak beranak dia dari dulu, pendekatan sepanjang zaman dia akan suruh rakyat berjimat cermat ikat perut. Hanya dia dan seluruh ahli keluarga dia sahaja yang boleh hidup seperti bukan orang besha-besha,” tulis Un Ui.

“Patut la mak menakan (ini saudara) saya tak dapat apa-apa bantuan lagi (hinggakan) kami yang tinggal di Penang terpaksa hantar (bantuan) untuk mereka,” jelas Nur Azura Jamaludin pula.

“Bekas PM orang Kedah (manakala) anak dia MB Kedah (hidup) kaya raya (tapi) rakyat disuruh pulak ikat perut. Zalim betul, abak beranak kaya tapi rakyat kebulur,” rintih Nurinz Qhai. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat