“Semoga pintu hidayah dibukakan untuk PM berkata benar, tak tokok tambah fakta” – Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari ‘mendoakan’ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat hidayah supaya berkata benar dan tidak menokok nambah sesuatu fakta ketika menyampaikan ucapan.

Beliau berkata demikian mengkritik kenyataan Anwar yang mendakwa isu peruntukan yang tidak diberikan kepada ahli Parlimen pembangkang yang didakwa menjadikan mereka miskin sepatutnya tidak timbul.

Hal ini kerana Perdana Menteri berkata, gaji yang diterima ahli Parlimen termasuk pelbagai elaun boleh mencecah sehingga antara RM30,000 hingga RM40,000.

Justeru Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas memohon agar Anwar berkata benar.

“Marilah kita sama-sama berdoa di bulan Ramadan ini agar dibukakan pintu hidayah untuk Perdana Menteri kita berkata benar dan tidak menokok nambah sesuatu fakta ketika menyampaikan ucapan. Amin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.

Anwar terdahulu berkata, apa yang menjadi masalah sekiranya ahli Parlimen itu tidak bijak mengurus kewangan mereka kerana gemar berhutang.

“Hendak jadi hero jalanan belajar dahulu, jadi sekarang dia gunakan isu ini jadi riuh rendah. Ada yang katakan kami sampai miskin berhutang, hendak tahu gaji ahli Parlimen semua mencecah RM30,000 ke RM40,000.

“Siapa dapat RM30,000-RM40,000 di sini? Yang kita bezakan adalah peruntukan itu pun untuk kawasan untuk rakyat diteruskan cuma projek itu jalan terus kepada rakyat melalui ahli Parlimen, itu bezanya,” katanya.

Susulan itu Fadhli, mengemukakan fakta Akta Ahli Parlimen (Pembayaran Gaji) 1980, gaji bulanan seorang ahli Parlimen, termasuk elaun mereka, boleh mencapai purata RM25,700.

Selain itu, Ahli Parlimen boleh membuat tuntutan pelbagai elaun atau subsidi untuk tujuan tertentu antaranya layak menerima RM400 sehari untuk menghadiri mesyuarat Parlimen dan elaun satu kali seumur hidup sebanyak RM1,000 setiap tiga tahun untuk membeli pakaian rasmi hitam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat