113 Kes Kategori 3, 4 dan 5 Berbanding 19,090 Kes Baru Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar peratusan pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima masih rendah walaupun berlaku peningkatan kes harian secara mendadak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 19,090 kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini, bilangan kes bagi kategori itu berada di bawah satu peratus.

“Daripada 19,090 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 113 kes (0.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 18,977 kes (99.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 18,956 kes melibatkan penularan tempatan dengan 18,446 adalah warganegara dan 47 bukan warganegara.

Sejumlah 134 kes import direkodkan hari ini dengan 87 daripadanya adalah warganegara dan baki 47 lagi bukan warganegara.

Sementara itu, 158 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 78 kes lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, pihaknya mengesan 14 kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah 6,555 kluster.

Daripada jumlah itu, 6,160 kluster telah ditamatkan manakala 395 lagi masih aktif, ujarnya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat