SPAN, Ranhill terjah premis curi air di Minyak Beku

- Advertisement -

BATU PAHAT – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) menyerbu sebuah premis di mukim Minyak Beku, Batu Pahat kerana disyaki melakukan sambungan bekalan air secara haram.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes curi air haram itu membekalkan air kepada bengkel membaiki jentera berat, pejabat dan rumah pekerja.

“Kes curi air lagi, SPAN dan Ranhill SAJ terjah premis di Minyak Beku di Batu Pahat. Satu sambungan bekalan air haram dibuat untuk membekalkan air ke bengkel baiki jentera berat, pejabat dan ruamh pekerja.

“Bekalan air itu telah dipotong serta merta,” katanya di Twitter.

Tuan Ibrahim memberitahu, tindakan lanjut menyusul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat