Segera tanggani isu pengganguran gesa Ahmad Maslan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) mempersoalkan data peluang pekerjaan tahun 2021 yang berubah-ubah bagi mengatasi isu pengangguran.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa pembentangan Belanjawan 2021 memperuntukkan RM3.7 bilion untuk 500,000 peluang pekerjaan baru melalui Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja).

Namun katanya sebaliknya berlaku apabila kerajaan semalam mengumumkan hanya 160,000 peluang kerja baru diwujudkan.

“Bulan Disember 2020 ada 772,900 atau 4.8 peratus kadar pengangguran.

“Ini isu serius yang amat penting untuk kerajaan selesai segera,” catatnya di Twitter.

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) semalam dilapor mengumumkan sebanyak 160,000 peluang pekerjaan baru diwujudkan di bawah Pelan Pembangunan Strategik (SDP 2021-2025) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Pelan itu dibentangkan dalam mesyuarat NCIA yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NCER melibatkan empat negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.

Perangkawan Malaysia kelmarin melaporkan jumlah pengangguran meningkat kepada 772,900 orang dengan kadar 4.8 peratus sehingga Disember tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat