18 Februari penentu kes Rosmah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada isteri bekas Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor akan dibebaskan dari tuduhan rasuah atas dakwaan meminta rasuah berjumlah RM187.5 juta atau dipanggil membela diri akan diketahui pada 18 Februari ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh itu setelah hakim, Mohamed Zaini Mazlan mendengar hujah lisan dari pasukan pendakwaan dan pembelaan hari ini.

Rosmah, yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Najib Razak, diwakili oleh peguam yang diketuai oleh Jagjit Singh dan Akberdin manakala bekas hakim Mahkamah Tinggi, Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan.

Rosmah menghadapi tiga tuduhan rasuah atas dakwaan meminta RM187.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta dari Saidi antara 2016 dan 2017.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat