Sumbangan untuk Nad Zainal sudah diserahkan kepada bapa

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Sebanyak RM43,987.50 berjaya dikumpul daripada rakan artis, sahabat, tenaga pengajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), penerbit televisyen dan rakan media kepada pelakon, Nad Zainal bagi membantu membiayai kos rawatan dan perubatannya.

Pelakon yang juga sahabat Nad, Sharifah Sakinah menerusi Instagram berkata, wang sumbangan itu sudah diserahkan kepada bapa Nad untuk urusan pembayaran kepada pihak hospital.

“Mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, menurut Sakinah, proses kutipan sumbangan dihentikan dulu buat masa ini.

“Buat masa ini, kami akan menghentikan dulu kutipan sumbangan di akaun Thespian Legacy. Terima kasih kepada semua atas titipan doa dan sumbangan yang diberikan kepada sahabat kita. Semoga semua usaha kita ini dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” tulisnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat