Ranhill SAJ Rangkul Anugerah IKM Laboratory Excellence Award 2022 & HACCP Bagi 44 LRA Di Johor

- Advertisement -

CYBERJAYA – Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd mendapat pengiktirafan terbaru apabila kali ini merangkul anugerah IKM Laboratory Excellence Award 2022 daripada Institut Kimia Malaysia (IKM), serta turut menerima pengiktirafan utama dalam industri perbekalan air bersih terawat di Malaysia dengan memiliki pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) untuk 44 Loji Rawatan Air (LRA) di Johor dari Institut Piawaian dan penyelidikkan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Memetik laporan DagangNews, pengiktirafan itu menjadikan Ranhill SAJ sebagai operator air pertama di negara ini yang memiliki persijilan HACCP untuk hampir semua LRA di Johor.

“Kejayaan Ranhill SAJ diteruskan lagi dengan penganugerahan IKM Excellence Award 2022 bagi kategori ‘Chemical & Microbiology’ pada 2 Disember 2022 yang berlangsung di One World Hotel, Kuala Lumpur.

“Anugerah ini menterjemahkan iltizam Ranhill SAJ dalam mengendalikan makmal melalui sistem kualiti yang mematuhi standard MS ISO/IEC 17025 serta piawaian keselamatan dan kesihatan makmal,” kata laporan itu.

Untuk rekod, pensijilan HACCP perlu melalui proses penilaian yang kompleks berpandukan kepada pematuhan Good Manufacturing Practices (GMP), piawaian MS 1480, Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan dan Akta Makanan 1983 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah laporan itu lagi, menerusi pensijilan HACCP ini, proses rawatan air oleh Ranhill SAJ sudah menerima pengiktirafan dalam usahanya untuk mengawal dan meminimakan risiko pencemaran kepada air terawat yang berkemungkinan berlaku di mana-mana titik proses merawat air bersih.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Muhamad Faizal Aliar berkata, tahun 2022 ini merupakan tahun yang baik bagi syarikat itu susulan kejayaannya merangkul anugerah serta pengiktirafan berprestij itu.

Jelasnya lagi, ia sekaligus menambah keyakinan kepada semua pengguna air di negeri Johor bahawa air yang dibekalkan adalah benar-benar selamat untuk digunakan dan berkualiti tinggi.

“Pensijilan HACCP dan IKM Excellence Award membuktikan kami sentiasa fokus kepada aspek kesihatan dan keselamatan melalui analisa dan kawalan bahaya yang wujud dalam setiap proses rawatan air bersih sebelum ianya yang dibekalkan kepada pengguna,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat