KKDW Akan Teruskan Visi dan Misi KPLB – Ahmad Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA – Visi, misi dan fungsi yang sebelum ini diusahakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan diteruskan meskipun kini ia dikenali dengan nama rasmi baru Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW), kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Dimaklumkan bahawa nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah dan singkatan nama (akronim) ialah KKDW.

“Manakala nama Kementerian di dalam Bahasa Inggeris ialah Ministry Of Rural And Regional Development.

“Bagaimanapun, Visi, Misi juga Fungsi Kementerian masih kekal iaitu melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan bukan sahaja infrastruktur malah sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran,” katanya, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menegaskan, KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan dalam meneruskan dan merealisasikan agenda serta program teras di bawah Kementerian itu bagi memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosio-ekonomi seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat