Azeez Rahim Dibebaskan Kerana Tiada Fakta Memihak Pihak Pendakwa – Peguam Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah dibuat selepas mengambil kira keterangan, fakta dan beberapa representasi dibuat peguam kepada Jabatan Peguam Negara.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata pihaknya menerima enam akuan berkanun daripada saksi utama pendakwaan melalui surat representasi masing-masing bertarikh 11 dan 16 Mac lalu.

Beliau berkata ia menyebabkan satu siasatan menyeluruh dan teliti dibuat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terdapat bukti baharu yang tidak dipertimbangkan sebelum ini.

“Sejak pemfailan pertuduhan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, (Abdul) Azeez Rahim telah mengemukakan beberapa representasi ke jabatan ini, melalui peguambelanya iaitu Kumar Partnership dan AmerbBon Associates agar kes pendakwaan terhadapnya ditarik balik dan kesemua pertuduhan dibatalkan.

“Pada 23 September 2022, pihak Pendakwa Raya memohon kepada mahkamah satu perintah pelepasan tanpa terjumlah kepada pembebasan mengikut Seksyen 254(2) Kanun Tatacara Jenayah agar siasatan lanjut dapat dibuat. Mahkamah Sesyen telah membenarkan (Abdul) Azeez Rahim dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

“Perkembangan siasatan telah dirujuk semula kepada pihak pendakwaan yang mana pihak pendakwaan berpuas hati bahawa tiada keterangan dan fakta yang memihak kepada pihak pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 1 Disember lalu, beliau berkata Abdul Azeez melalui peguamnya memfailkan permohonan untuk pelepasan dan pembebasan (AND) membabitkan kesemua pertuduhan.

Setelah kertas siasatan diteliti, Idrus berkata pihaknya bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Abdul Azeez selain tidak membantah permohonan pelepasan dan pembebasan bekas Ahli Parlimen Baling itu pada hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Abdul Azeez daripada tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Abdul Azeez pada 23 September lalu dilepas tanpa dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen selepas pendakwaan memohon beliau dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Acara Jenayah atas alasan representasi tertuduh dipertimbangkan dan memerlukan siasatan lanjut.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan notis usul yang dikemukakan peguam bela Amer Hamzah Arshad supaya anak guamnya dibebaskan terus daripada semua pertuduhan berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, memaklumkan kepada mahkamah, pendakwaan tidak membantah permohonan notis usul Abdul Azeez. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat