Juadah Makmur Setiap Hari Jumaat, Peruntukkan RM11 juta Setahun – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang mula melaksanakan Juadah Makmur untuk diagihkan dibeberapa buah Masjid di setiap Dewan Undangan Negeri bermula hari ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebanyak RM11 juta setahun diperuntukkan untuk melaksanakannya.

”Kerajaan Negeri Pahang mula laksana Juadah Makmur,

“Seperti mana yang telah saya umumkan sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan Juadah Makmur di setiap Dewan Negeri selepas Solat Jumaat pada setiap minggu.

“Pada hari ini, buat pertama kalinya Juadah Makmur telah mula diadakan di beberapa buat masjid di daerah Lipis iaitu di Dewan Negeri Jelai, Benta dan juga Padang Tengku.” jelas Wan Rosdy.

Ahli Undangan Negeri Padang Tengku Datuk Miustapa Long mengagihkan Juadah Makmur kepada jemaah yang menunaikan Solat Jumaat di Padang Tengku hari ini

Kata Wan Rosdy, Juadah Makmur merupakan satu pendekatan baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat Pahang dengan peruntukan berjumlah RM11 juta setahun.

“Saya berharap dengan pelaksanaan program seumpama ini, hubungan antara rakyat dan juga Kerajaan Negeri akan menjadi lebih erat untuk kesejahteraan dan kemakmuran bersama.” ujar Wan Rosdy. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat