Anwar umum barisan timbalan menteri malam ini

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman rasmi barisan Timbalan Menteri Kabinetnya pada jam 8.15 malam ini.

Anwar memberitahu, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini bagi memohon perkenan nama-nama yang dilantik ke jawatan berkenaan, lapor BH.

Anwar mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Menteri dijadual mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara petang esok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat