Rosmah Hadir Untuk Jumpa Zahid, Pertemuan Hanya 10 Minit Sahaja

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor ke bangunan UMNO semalam menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi.

Ini kerana, isteri bekas perdana menteri itu hadir ketika Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sedang mengadakan mesyuarat di Menara Dato Onn.

Bagaimanapun, menurut seorang individu yang rapat dengan Rosmah, Rahimi Osman, beliau menafikan dakwaan kononnya Rosmah hadir bagi menghadiri mesyuarat MKT.

Sedangkan, katanya, isteri Datuk Seri Najib Razak itu hadir hanya untuk bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ramai yang buat cerita kononnya Datin Seri Rosmah masuk dalam mesyuarat MKT tersebut.

“Tapi sebenarnya Datin Seri Rosmah tiba di Bangunan UMNO sebelum mesyuarat bermula hanya untuk bertemu dengan Presiden UMNO.

“Beliau tidak ada apa-apa urusan dalam Mesyuarat MKT,” tulis Rahimi di Facebooknya.

Tulisan Rahimi di Facebook itu turut dikongsi semula di Facebook Rosmah Mansor hari ini, dengan komen ringkas:

“Inilah cerita sebenarnya… “

Menjelaskan lagi perkara itu, Rahimi berkata Rosmah bertemu dengan Zahid hanya kira-kira sepuluh minit sahaja sebelum beliau keluar melalui parkir bawah tanah.

Ekoran itu, ia menyebabkan Rosmah tidak kelihatan keluar di bahagian lobi oleh orang awam dan wartawan.

“Ya, dia berada di PWTC hanya untuk beberapa minit. Bukan berjam-jam seperti yang disangka orang.

“Sedangkan apabila berita sudah mula tersebar malam tadi dan macam-macam spekulasi dibuat, (ketika itu) Datin Seri Rosmah telah berada di rumah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Rahimi menasihat orang ramai agar tidak memandai-mandai membuat cerita kerana ia boleh menjadi fitnah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat