Sesuai Buat Pencinta Aktiviti ‘Outdoor’, Ini 5 Destinasi Menarik Yang Boleh Anda Terjah Di Johor

- Advertisement -

Johor terkenal dengan Legoland dan beberapa taman tema yang menarik. Sebenarnya, banyak lagi destinasi dan aktiviti yang boleh anda lakukan di Johor.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @fnadira_ telah berkongsi beberapa destinasi yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti outdoor di Johor. Perkongsiannya itu telah dikongsi lebih 10 ribu retweets, jom kita mulakan.

 

1. Pulau Rawa

Pasti ramai sudah tahu tempat ini sebab memang famous. Tengok la view dia, cantik bukan? Tahu tak pulau ini dipanggil ‘Malaysia’s Maldives’. Banyak benda boleh buat di sana seperti snorkelling, kayak, island hopping and jungle trekking pun boleh.

2. Lata Seri Pulai

Tempat ni terletak di Pontian. Memang macam jauh sikit dari Johor Bharu tapi anda patut ke sini. Bukan itu sahaja, ada juga family-friendly resort dan banyak benda ada di sana seperti waterslide besar dengan kolam renang.

3. Gunung Pulai

Kalau anda kaki hiking, boleh cuba travel ke Johor anda cuba naik gunung ini. Ada dua jenis trail iaitu dekat dan jauh. Kalau anda jenis suka adventure boleh cuba trail yang dekat sebab perlu melalui hutan sementara trail jauh perlu lalu jalan raya.

4. RUD Karting Track

Teringin nak main go kart tapi tidak tahu nak pergi kat mana di Johor? Boleh cuba tempat ini kerana terdapat pelbagai banyak jenis karts iaitu basic carttwins cart and advance cart. bagi sesiapa yang sudah pro bolehlah cuba advance cart untuk tunjuk skil.

5. Austin Heights Water & Adventure Park

Tempat ini ada 3 bahagian iaitu water parkadventure park dan sports & leisure park. Kesemua aktiviti di taman tema ini meyeronokkan seperti slideszip lineice skating rink dan banyak lagi.

Mesti anda sudah tidak sabar untuk terjah tempat-tempat yang telah dinyatakan di atas. Para ibu bapa yang pening mahu membawa anak-anak ke mana ketika cuti sekolah bolehlah pertimbangkan destinasi di Johor ini untuk berhibur bersama keluarga anda.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat