i-Citra KWSP: PM akan bincang dengan Menteri Kewangan : Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mengenai tuntutan pengeluaran kali terakhir dalam KWSP i-Citra sebanyak RM10,000.

Perkara itu dimaklumkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sambil memberitahu beliau membangkitkan isu tersebut kepada Perdana Menteri memandangkan masih ramai rakyat terkesan pasca PKP.

“Malam tadi selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, saya sempat berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat kesekian kalinya mengenai isu yang banyak dibangkitkan oleh rakyat khususnya mengenai tuntutan mereka untuk mengeluarkan buat kali terakhir wang simpanan mereka dalam KWSP i-Citra RM10,000.

“Saya memberikan penjelasan kepada Perdana Menteri bahawa ramai yang memang dalam keadaan susah dan terdesak pasca PKP untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji dan hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi. Dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, rata-rata begitu memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan,” catat Asyraf dalam catatan Facebooknya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan, mungkin untuk pengeluaran kali terakhir ini, diberikan pilihan kepada yang memang benar-benar berkeperluan mendesak yang memerlukan mereka membuat permohonan dan terhad kepada yang mempunyai baki yang mencukupi.

“Hakikatnya, Perdana Menteri juga mengakui keperluan tersebut dan membaca setiap komen-komen di media sosial beliau yang memperlihatkan ramai memberikan maklum balas serupa mengenai isu i-Citra KWSP ini.

“Beliau menyatakan kepada saya untuk beliau berbincang dan membawa perkara ini kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar dapat diperhalusi cadangan yang dikemukakan.

“InsyaAllah saya akan terus susuli dan follow-up bagi pihak rakyat yang memerlukan,” beritahu Asyraf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat