“Sedangkan Lidah Lagi Tergigit” Inikan Pula Sebuah Jalinan Kerjasama Politik – Pemuda UMNO Langkawi

- Advertisement -

LANGKAWI: Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi menyeru semua pucuk pimpinan UMNO dan PAS wajib mendahulukan urusan ummah dan mengutamakan Piagam Muafakat Nasional (MN).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi, Ahmad Marzuki Shari’at berkata walaupun ada anasir-anasir luar cuba menyucuk UMNO dan PAS dari luar, namun menurutnya diatas semangat agama Islam dan bangsa Melayu, Pemuda UMNO Langkawi berharap pimpinan kedua-dua parti dapat membuat keputusan yang akan menguntungkan Muafakat Nasional.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sebuah jalinan kerjasama politik terbesar umat Melayu di rantau ini. Sudah tentu akan diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian.

“Kami pewaris parti dan Muafakat Nasional berharap pimpinan kedua-dua parti dapat membuat keputusan yang menguntungkan Muafakat Nasional,

“Marilah kita bermula dari Muafakat Nasional, seterusnya membawa kekuatan ini ke dalam Perikatan Nasional untuk membentuk sebuah kerajaan negeri Perak yang utuh, kuat dan berkarisma,” katanya melalui kenyataan media Pemuda UMNO Langkawi.

Tegas beliau lagi, sudah tiba masanya kedua-dua pucuk pimpinan menundukkan ego dan kejahatan DAP selama ini. Kita tidak boleh DAP dan kuncu-kuncunya kembali berkuasa, ujarnya.

Didalam kenyataannya, beliau mengimbau Perhimpunan menentang ratifikasi ICERD pada tahun 2018, dimana itulah antara perhimpunan terbesar dicatat dalam sejarah negara kita.

“Dua lagi perhimpunan yang besar dalam sejarah kita adalah perhimpunan menentang Malayan Union pada tahun 1946 dan perhimpunan menyambut kemerdekaan pada tahun 1957,” ujarnya lagi.

Menurutnya penentangan ratifikasi ICERD ini telah menjadi titik tolak terpenting dalam pemujukan hati antara dua musuh tradisi iaitu UMNO dan PAS.

“Ukhwah dan kekuatan Muafakat Nasional tiada tolak bandingnya,

“Siapa sangka Muafakat Nasional mampu menggulingkan sebuah kuasa kerajaan yang sebelum itu pernah meruntuhkan empayar kerajaan tanpa kalah tertua dunia iaitu Barisan Nasional (BN),

“Keutamaan kita sekarang adalah berpadu dalam satu saf Muafakat Nasional” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat