Tiga Setiausaha Agung parti cari jalan keluar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga Setiausaha Agung parti mengadakan pertemuan bagi mencari jalan keluar daripada kekusutan politik yang sedang membadai mutakhir ini.

Rakaman gambar yang dikongsi oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menyaksikan pertemuan enam mata antara PAS, Bersatu dan Barisan Nasional (BN).

Kelihatan pertemuan itu diadakan di pejabat Setiuasaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen yang turut dihadiri Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata, semua agama dan ketamadunan menganjurkan konsultasi atau musyawarah.

“Tiada kusut yang tak boleh dirungkai. Carik bulu ayam akhirnya bercantum jua.

“Pemimpin adalah cerminan rakyatnya. Bersatulah BN dan Perikatan Nasional (BN) demi rakyat,” tulis Takiyuddin di Facebooknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat