Shabery enggan tanding di Kemaman, nama lain dihantar untuk ditapis Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Umno Terengganu tidak menghantar nama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk dicalonkan pada PRK Parlimen Kemaman 2 Disember ini kerana Pengerusi Felda itu bertegas tidak mahu bertanding.

Timbalan Ketua Umno Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, berkata bekas Ahli Parlimen Kemaman itu sejak awal lagi menolak apabila beberapa pihak mencadangkan namanya sebagai calon Barisan Nasional (BN) kerusi itu.

“Nama Shabery tiada dalam senarai untuk ditapis Presiden Zahid Hamidi kerana beliau dari awal bertegas tidak mahu bertanding,” lapor FMT.

Nik Dir berkata, tiga nama dihantar kepada Zahid adalah anak tempatan dengan latar belakang profesional termasuk calon muka baharu.

“Tiga nama itu merangkumi yang pegang jawatan dalam parti, tapi kemungkinan dipilih calon baharu tidak pernah bertanding dan tak ada rekod (bersih),” katanya.

Beliau berkata, calon mewakili BN di PRK Kemaman akan diumumkan Zahid dalam majlis di Kuala Lumpur 13 November ini.

Ditanya peluang BN merampas Kemaman, Nik Dir mengulangi niat semua parti bertanding mahu menang.

“Jika dapat kurangkan majoriti ia satu kejayaan buat parti itu selepas mengambil kira undi diperoleh calon PAS pada PRU lalu terlalu tinggi,” katanya.

Pada PRU15, Che Alias Hamid daripada Perikatan Nasional memperoleh 65,714 undi dalam pertandingan empat penjuru menewaskan Ahmad Said (BN) yang meraih 38,535 undi, calon Pakatan Harapan Hasuni Sudin (8,340 undi) dan Rosli Ab Ghani daripada Pejuang (506 undi).

BN pernah menawan kerusi itu tiga penggal berturut-turut menerusi Shabery sebelum beliau tewas pada PRU14.

PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan PN apabila pempetisyen Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil berjaya membuktikan berlaku perbuatan rasuah bagi mempengaruhi pengundi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat