“Sogokan, ugutan punca MP Bersatu sokong PM” – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa terdapat gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap ahli-ahli Parlimen.

Tegas Pengerusi PN itu, tindakan dua lagi Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bercanggah dengan pendirian parti.

“Ini adalah pelanggaran disiplin parti yang serius selain membelakangi mandat rakyat yang memilih mereka atas dasar keyakinan terhadap prinsip perjuangan PN.

“Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu ini.

“Saya mendapat maklumat bahawa terdapat gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan Bersatu dan Perikatan Nasional dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap ahli-ahli Parlimen,” dakwa Muhyiddin pada Khamis.

Tegas bekas Perdana Menteri itu lagi, Bersatu tidak akan tunduk terhadap pakatan jahat ini dan tindakan yang lebih tegas akan diambil.

“Saya menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang dan istiqamah mempertahankan prinsip perjuangan parti sementara kepimpinan tertinggi Bersatu menangani perkara ini,” katanya.

Setakat ini sudah empat ahli Parlimen Bersatu ‘berpaling tadah’ menyatakan sokongan kepada Anwar namun masih kekal menganggotai Bersatu.

Siri peralihan itu dimulakan oleh ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid membuat keputusan untuk menyokong pimpinan Perdana Menteri berkuat kuasa pada 12 Oktober lalu.

Seterusnya, ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman juga daripada PN isytihar sokong Anwar.

Diikuti ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan sokongan kepada Anwar berkuat kuasa pada Selasa.

Terbaharu, ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri pada Rabu, 8 November.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat