Peguam Syed Saddiq mohon penjara atau denda sahaja tanpa sebatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi pada Khamis supaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman ringan dalam bentuk penjara atau denda sahaja.

Peguam, Haijan Omar mewakili Syed Saddiq memohon perkara itu, tanpa menyebut mengenai peruntukan hukuman sebatan.

Haijan berkata, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu menyesal, akur dan muhasabah diri di atas keputusan berkenaan.

“Syed Saddiq tidak memperoleh keuntungan daripada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya,” katanya ketika sesi mitigasi di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid, lapor Sinar Harian.

Peguam itu berkata demikian selepas mahkamah mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat