Kejahilan DAP Dalam Isu Berkaitan Dengan Islam

- Advertisement -

OLEH: Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin

Sebagai seorang Muslim, saya berasa amat terkilan selepas menonton rakaman Sidang Parlimen bertarikh 6 November 2023, yang memperlihatkan bagaimana Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary “diserang” dengan begitu hebat oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan kerana membangkitkan isu sokongan terhadap Palestin.

Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Ahmad Marzuk adalah pertama mengapa Qunut Nazilah tak dibenarkan di sekolah, kedua adakah Menteri Agama berusaha untuk mendidik pemimpin bukan Islam untuk memahami isu sebenar Palestin dan ketiga berkenaan satu gambar hantaran media sosial oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang mengaitkan pemakaian pejuang Palestin dengan keganasan.

Setelah meneliti soalan-soalan yang diberikan kepada Menteri Agama oleh Ahmad Marzuk, pertanyaan yang dilontarkan itu tiada langsung bersifat provokasi, ianya adalah rantaian persoalan neutral yang boleh dijawab dengan mudah oleh Menteri Agama.

Namun begitu, celahan yang dibuat dengan biadab oleh Ahli Parlimen Hulu Langat (PH-Amanah) dan Ahli Parlimen Ipoh Timur (PH-DAP), kemudiannya disokong oleh beberapa ahli parlimen DAP yang lain secara tidak tertib adalah amat tidak profesional dan kurang ajar.

Jelas di sini ahli parlimen Pakatan Harapan khususnya DAP tidak menghormati kebebasan dan hak seorang ahli parlimen untuk menyuarakan persoalan di dalam dewan dan berjuga bersikap seperti samseng dengan menyerang Ahmad Marzuk tanpa memberikannya ruang untuk berbicara.

Lebih menyedihkan lagi apabila Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yieng yang juga dari parti PH-DAP telah bertindak dengan amat tidak adil sekali, menghalau Ahmad Marzuk, sedangkan beliau adalah mangsa kepada serangan verbal ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan, khususnya daripada DAP.

DAP sebelum ini begitu sensitif apabila sesetengah pihak menggelarkan mereka sebagai “Parti-Kafir” atau “Anti-Islam” namun, apabila isu mengenai Islam di ketengahkan di dalam Parlimen, mereka seolah-olah tidak mampu untuk melaksanakan diskusi dengan aman namun memilih untuk berperang mulut, terutamanya untuk mempertahankan komen-komen bersifat Islamophobic yang datangnya daripada pemimpin tertinggi mereka.

Persoalan yang diutarakan oleh Ahmad Marzuk adalah persoalan yang baik, yang mana beliau bertanya apakah Menteri Agama, tidak mendidik ahli-ahli kabinet bukan Islam mengenai hal-hal berkaitan Islam supaya mereka tidak terlalu teruja mengecam sesuatu perkara tanpa sebarang pengetahuan mengenainya.

Pada hemat saya sebagai seorang Muslim, pemimpin bukan Islam di negara ini perlu tahu serba sedikit mengenai Agama Persekutuan Malaysia (seperti yang tertakluk dalam Perkara 3. Perlembagaan Malaysia) yang mana jika kita amati seolah-olah langsung tidak difahami oleh kebanyakkan pemimpin bukan Islam di negara ini.

Antara perkara yang perlu dididik oleh Menteri Agama kepada para pemimpin kerajaan Madani yang bukan Islam adalah berkenaan penggunaan perkataan “Kafir” yang sebelum ini menjadi kontroversi yang terlalu hebat, akibat daripada kurangnya ilmu pengetahuan para pemimpin bukan Islam di negara ini.

Kafir bukanlah kata-kata kejian, kerana ia adalah satu pernyataan sifat terhadap seseorang insan. Sekiranya kamu bukan beragama Islam, maka kamu adalah Kafir (non-Muslim) yang tidak mempercayai dan mengakui keesaan Allah S.W.T sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai utusan terakhirNya.

Mungkin juga Menteri Agama boleh menambah lagi dengan mengajarkan kepada pemimpin Pakatan Harapan khususnya DAP mengenai dua jenis manusia Kafir yang ditafsirkan di dalam Islam iaitu Kafir Dhimmi (Zimmi) dan Kafir Harbi.

Kafir Dhimmi ini adalah orang-orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebuah pemerintahan Islam dan mengaku taat dan setia kepada negara tersebut. Mereka wajib dilindungi dan mempunyai hak asasi yang perlu dipelihara.

Kafir Harbi pula adalah golongan orang-orang bukan Islam dan Ahli kitab yang boleh diperangi kerana menzahirkan permusuhan terhadap Agama Islam dan Muslimin. Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah menyatakan : “Kafir harbi tidak memiliki hak untuk mendapatkan perlindungan dan pemeliharaan dari kaum Muslimin.” [Huquq Da’at Ilaiha al-Fithrah Wa Qarraraha asy-Syari’at, Ibnu Utsaimin hal 16].

Setelah perkara ini dijelaskan dengan tepat dan mendalam kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di dalam kerajaan Madani, kita berikan mereka peluang untuk memilih, kategori Kafir yang mana mereka ingin sertai. Sama ada menjadi Dhimmi yang hidup dengan aman damai bersama golongan Muslimin di negara ini, ataupun memilih untuk menjadi Harbi, yang wajar diperangi agar kesucian Agama Islam terus terpelihara di bumi Malaysia.

Tidaklah keadaan menjadi seperti sekarang yang mana, apabila ada pemimpin Islam ingin bercakap pasal Islam pun diserang begitu hebat oleh pemimpin kerajaan dan juga jangan kita lupakan beberapa bulan lepas kecoh apabila ada seorang pemimpin bukan Islam dari parti pemerintah yang cuba mentafsir Al-Quran untuk membawa naratif tertentu, sedangkan beliau sendiri adalah kafir dan tidak beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulullah.

Saya juga amat berharap agar para pemimpin Muslim yang berada di dalam Kerajaan Madani tidak menjadi “Syaitan Bisu” yang hanya berdiam diri apabila rakan-rakan mereka yang sedang berada dalam keadaan jahil mencerca dan mempermainkan Agama Islam. Tegurlah rakan-rakan sepasukan anda sebelum kata-kata dangkal mereka menyebabkan tercetusnya kegusaran dari kalangan umat Islam dan ketidakstabilan kepada negara yang kita cintai ini.-SUARATV

Beliau adalah Timbalan Presiden Muafakat Nasional, bekas Ahli Parlimen Ampang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat