Lulus RM30 juta, saya sokong Anwar – MP Bukit Gantang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) berkata beliau akan memberi sokongan kepada Kerajaan Madani jika permohonan peruntukan RM30 juta di bawah Belanjawan 2024 kepada kawasan Parlimennya diluluskan.

Perkara itu dinyatakan Syed Abu Hussin ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Syed Abu Hussin berkata, permohonan peruntukan itu, antara lain bagi kerja penyelenggaraan Tabika Kemas berjumlah RM1.05 juta, pembangunan ekonomi komuniti (RM90,000) dan kemudahan ameniti sosial (RM3 juta).

Selain itu, permohonan peruntukan pemasangan lampu jalan kampung dan lingkaran jalan luar bandar serta pembangunan desa di kawasan Parlimen yang mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima mukim itu, sebanyak RM16 juta.

“Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

“Dengan hati yang ikhlas, kalau lulus RM30 juta ini, saya juga nak melihat sejauh mana Kerajaan Madani ini adil dalam memberikan peruntukan.

“Dalam Dewan yang mulia ini, saya mohon jika saya mendapat peruntukan ini untuk dibangunkan kawasan saya, saya akan beri sokongan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri (Ahmad Zahid) dan Kerajaan Madani,” lapor BH.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Bersatu iaitu dari Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar dan Labuan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bermula dengan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) pada 12 Oktober lalu, diikuti Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) pada 30 Oktober lalu, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli), semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat