“Tak mudah saya telan keputusan mahkamah, akan kemuka rayuan” – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menerima keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dengan hati terbuka, namun akan terus memfailkan rayuan untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Saya terima dengan hati terbuka, saya akur dan faham keputusan hari ini bukanlah keputusan yang mudah ditelan kerana ia keputusan yang mana disabitkan (kesalahan).

“Walaupun dapat penangguhan pelaksanaan hukuman, tetapi saya perlu buat rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan. Namun buat masa ini, saya terima semua hukuman seadanya,” katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu bekas Menteri Belia Dan Sukan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu, pagi tadi.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar selama dua penggal, berkata beliau dan barisan peguam akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, pada petang ini.

“Saya telah pun berbincang dengan para peguam dan mereka memaklumkan bahawa kami ada kes yang baik untuk difailkan secepat mungkin ke peringkat Mahkamah Rayuan.

“Ini supaya akhirnya institusi kehakiman dan mahkamahlah yang akan menjadi penentu terakhir nasib saya dan menjadi medan yang terbaik untuk membersihkan nama saya,,” katanya.

Beliau berkata beliau masih meletakkan kepercayaan kepada institusi kehakiman negara namun menghormati segala keputusan yang ditentukan di medan mahkamah.

‘Sebagai salah seorang penggubal dasar, saya perlu meletakkan kepercayaan ke atas institusi kehakiman negara, hari ini, sebelum ini dan pada masa akan datang.

“Lazimnya ia adalah benteng terakhir bagi rakyat Malaysia dan tidak ada beza saya dengan rakyat lain. Kalau orang lain perlu menghormati keputusan mahkamah, saya turut perlu menghormati keputusan mahkamah,” katanya.

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Syed Saddiq berkata, akan memberi kata putus mengenai masa depan kerjaya politiknya bersama parti MUDA pada satu mesyuarat parti, petang ini.

Syed Saddiq, 30, berkata beliau sudah memikirkan masa depan politiknya semenjak sebelum keputusan mahkamah, hari ini namun sebagai orang parti (party’s man), perkara itu harus dibincangkan bersama barisan pimpinan parti MUDA.

“Bagi masa depan politik saya, saya akan adakan mesyuarat tergempar bersama dengan pimpinan MUDA pada jam 4 petang ini.

“Saya telah membuat pendirian saya berkenaan masa depan politik saya. Cuma ‘as a party’s man’, saya perlu bincangkan dengan parti supaya dapat dimuktamadkan bersama saya,” lapor BH.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan Syed Saddiq bersama pimpinan MUDA pada jam 5 petang ini sejurus mesyuarat berkenaan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat