Jawatan Presiden MUDA dipangku Amira Aisya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti MUDA mengumumkan pengosongan jawatan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Presiden MUDA berkuatkuasa serta merta sementara beliau membersihkan namanya melalui proses mahkamah.

Dalam tempoh tersebut, Timbalan Presiden, Amira Aisya Abdul Aziz akan memangku jawatan sebagai Presiden MUDA.

“MUDA mengambil maklum akan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari ini.

“MUDA ingin menegaskan bahawa Syed Saddiq sentiasa menghormati proses undang-undang di Malaysia dan beliau tidak pernah menangguhkan perbicaraan atas apa-apa sebab sekali pun.

“Proses mahkamah yang telah berlangsung sejak Julai 2021 dibuat dengan kerjasama penuh Syed Saddiq dan pasukan guaman beliau,” kata MUDA dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, MUDA menjamin akan terus berdiri teguh dan memberi sokongan penuh bersama Syed Saddiq sepanjang proses rayuan yang akan dilakukan dalam kadar segera.

“Pendakwaan politik terpilih sebegini wajar dihentikan.

“Amalan ini telah digunakan untuk kepentingan peribadi, memburukkan dan mencemarkan nama individu yang tidak bersalah.

“MUDA percaya bahawa pendakwaan politik terpilih terhadap YB Syed Saddiq akan menerima pembelaan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, MUDA memberitahu sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip politik bersih dan berintegriti, MUDA akan terus memastikan khidmat bakti kepada rakyat dan terus bersuara dalam hal-hal yang melibatkan rakyat serta kepentingan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat