Agong dan Raja Permaisuri rai pasukan hoki veteran Malaysia SAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis ramah mesra bagi meraikan kejayaan Pasukan Hoki Veteran Malaysia Sultan Ahmad Shah (SAS) di Istana Negara, hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis yang dihadiri lebih 120 pemain pasukan hoki itu.

Berangkat sama ialah Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam Al-Marhum Sultan Ahmad Shah yang merupakan Presiden Pasukan Hoki Veteran Malaysia SAS.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut mengurniakan hadiah berbentuk plak kepada 20 pemain Persatuan Hoki Veteran SAS, berusia lebih 60 tahun atas kejayaan mereka mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Master Dunia Tokyo 2022 yang berlangsung Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Tengku Fahd dalam ucapannya, menyifatkan majlis itu amat bermakna buat Persatuan Hoki Veteran SAS kerana keberangkatan Seri Paduka melambangkan sokongan yang tidak ternilai kepada persatuan berkenaan.

“Dua tahun lalu, Seri Paduka, Paduka Kakanda saya, telah meminta saya mempengerusikan persatuan ini bagi meneruskan legasi Almarhum ayahanda kami.

“Saya amat berbesar hati dengan amanah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada saya, tetapi lebih daripada itu, kepercayaan yang diberikan kepada kita semua untuk terus membina jambatan antara masyarakat Malaysia melalui sukan. Marilah kita kekalkan semangat keterangkuman dan perpaduan ini,” katanya.

Pasukan hoki itu akan berentap dalam kejohanan Piala Asia di Hong Kong pada bulan hadapan.

“Saya yakin kita akan dapat mengekalkan kejuaraan Piala Asia yang dimenangi dua tahun lepas. Tahun depan kita akan bersaing dalam Piala Dunia di Auckland, New Zealand,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat