Helikopter tiada kotak hitam, BSKU panggil mangsa terselamat untuk siasatan hari ini

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KUALA LUMPUR: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan memanggil dua mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter terhempas di Jalan Taman Melawati di sini esok bagi membantu siasatan, kata Ketua Inspektor Kemalangan Udara BSKU Brigedier Jeneral Izani Ismail.

“Semalam, kedua-dua mangsa telah dibawa untuk menerima rawatan lanjut di hospital, jadi esok kedua-dua mangsa akan dipanggil oleh BSKU bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau juga berkata kedua-dua helikopter jenis pesawat ringan itu tidak mempunyai kotak hitam.

“Kotak hitam hanya terdapat pada jenis helikopter yang saiznya lebih besar dan berat,“ katanya ketika ditanya sama ada helikopter itu mempunyai kotak hitam yang merupakan alat penting jika berlaku nahas udara.

Bernama yang berada di lokasi kejadian menyaksikan bangkai helikopter itu dibawa keluar selepas mengambil masa hampir sejam untuk dileraikan dan dibawa ke Subang menggunakan treler panjang bagi urusan siasatan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR).

“Bedah siasat terhadap dua mangsa nahas itu akan dijalankan esok di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon saksi awam yang merakam insiden tersebut agar tampil ke Balai Polis Taman Melawati atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

Dalam insiden itu, dua lelaki maut manakala dua lagi termasuk seorang wanita selamat dalam nahas melibatkan dua helikopter yang dipercayai berlanggar di udara sebelum sebuah daripadanya terhempas di kawasan semak di Taman Melawati.

Bernama melaporkan bahawa helikopter berwarna biru yang terhempas itu diterbangkan oleh Mohamed Sabri Baharom manakala sebuah lagi diterbangkan oleh Datuk Ahmad Jauhari Yahya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia Berhad yang kini dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad.

Mangsa yang terselamat iaitu Ahmad Jauhari, 66,  dan Tan Chai Eian, 51, hanya mengalami kecederaan ringan.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...