Menantu Presiden Letak Jawatan Menteri Kewangan

- Advertisement -

ANKARA: Menantu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meletak jawatan sebagai menteri kewangan pada Ahad, atas alasan kesihatan, melalui satu kenyataan di Instagramnya.

“Selepas berkhidmat dalam jawatan menteri selama hampir lima tahun, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tugas saya (sebagai menteri kewangan) disebabkan masalah kesihatan,” kata Berat Albayrak.

Katanya, beliau akan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga, yang dikatakan “diabaikan” olehnya, menurut kenyataan itu.

Albayrak berkahwin dengan anak perempuan sulung Erdogan, Esra dan menjadi Menteri Kewangan sejak 2018.

Beliau sebelum itu ialah Menteri Tenaga antara 2015 dan 2018.

Penerimaan berhubung peletakan jawatan itu belum diketahui.

Ketika Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu meletak jawatan pada awal tahun ini, Erdodan enggan menerimanya dan Soylu masih kekal dengan jawatannya sehingga hari ini.

Peletakan jawatan Albayrak berlaku sehari selepas Erdogan memecat gabenor bank negara itu, susulan kejatuhan nilai lira Turki sebanyak 30 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak permulaan tahun ini.

Gabenor yang baharu ialah bekas Menteri Kewangan, Naci Agbal yang menggantikan Murat Uysal, yang hanya memegang jawatan itu selama 16 bulan.

Uysal dipecat melalui keputusan presiden pada Sabtu lalu, selepas penyandang sebelumnya, Murat Cetinkaya pada Julai 2019. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat