KWSP diminta lebih fleksibel benarkan pengeluaran daripada Akaun 1 – Tengku Zafrul

Isu keabsahan sesbuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata beliau telah menasihati Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar lebih fleksibel untuk membenarkan lebih ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun 1.

“Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan KWSP hari ini dan mereka telah berjanji untuk mengumumkan mengenai cara hendak mengeluarkan dan siapa yang akan layak mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 1.

“Nasihat saya kepada pihak pengurusan KWSP adalah untuk memperluaskan (lebih daripada sasaran) dan fleksibiliti kepada lebih ramai pencarum dapat mengeluarkan (simpanan mereka),” katanya dalam satu wawancara khas bersama Buletin Utama TV3, disini, malam ini.

Tengku Zafrul berkata permintaan itu dibuat selepas mendengar keluhan rakyat mengenai pengumuman bahawa hanya pengeluaran bersasar diberikan kepada Akaun 1.

Sebelum ini KWSP telahpun memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500  sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

Skim itu telah memanfaatkan kira-kira 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

Semasa Belanjawan 2021, Tengku Zafrul telah mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban kewangan ahli-ahli yang terjejas.

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 itu, jumlah keseluruhan pengeluaran adalah sebanyak RM12,000.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan