Trump Kekal ‘Tenang’ Bermain Golf Di Sebalik Kekalahan

- Advertisement -

WASHINGTON DC: Di sebalik kekalahan kepada Joe Biden, Presiden Donald Trump kekal ‘tenang’ meneruskan rutinnya bermain golf.

Ia merupakan dua hari berturut-turut Trump bermain golf di Trump National Golf Club di Sterling, Virginia.

Semasa keluar dari Kelab Golf itu, Trump kelihatan ceria dan sempat melambai serta menunjukkan isyarat ‘bagus’ kepada penyokongnya.

Beliau kemudian dilihat memasuki semula White House.

Berbaki lebih sebulan lagi sebelum penggalnya sebagai Presiden Amerika Syarikat tamat, Trump masih belum mengaku kalah dan akan terus mencabar keputusan kemenangan Biden.

Pada Ahad, Peguam Trump, Rudy Giuliani tegaskan akan meneruskan tindakan undang-undang mencabar keputusan berkenaan.

Biden menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala Trump hanya meraih 214 undi elektoral – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat