Dewan Rakyat bubar esok?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbualan di koridor politik UMNO, Dewan Rakyat akan dibubarkan esok, 10.10.2022, sebelum ia bersidang membahaskan Bajet 2022 pada hari selasa. Tarikh ini juga telah disebut oleh beberapa orang menteri yang rapat dengan Perdana Menteri sejak beberapa minggu lalu.

Spekulasi ini kian kuat apabila UMNO juga telah memanggil Mesyuarat Majlis Kerja Tertingginya pada malam esok. Manakala  Majlis Tertinggi Barisan Nasional akan mengadakan mesyuarat pada hari selasa malam.

Bagaimanapun sumber kerajaan mendakwa pembubaran minggu ini hampir mustahil memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum mendapat perkenan  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber terbabit, Perdana Menteri tidak memohon sebarang perkenan pembubaran pada pertemuan khamis lalu.

“Jika pembubaran hendak dibuat Isnin ini, Perdana Menteri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum Baginda berangkat ke London malam ini.” dakwa sumber terbabit.

Sumber terbabit juga menyifatkan walaupun pembubaran Dewan Rakyat esok tidak mustahil, namun beliau sukar melihatnya menjadi realiti.

“Dalam sehari dua ini Tuanku telah beberapa kali menitahkan agar semua pihak menumpukan usaha mengurangkan impak bencana banjir yang bakal berlaku. Agak bertentangan jika Tuanku memperkenankan pembubaran tersebut.”

“Namun ia tidak mustahil kerana Tuanku juga dari semasa ke semasa mengambil pandangan kerajaan dalam membuat keputusan. Sekiranya kerajaan tetap mahu meneruskan pembubaran, Tuanku mungkin akan memberi perkenannya,” tambah sumber terbabit.

Al-Sultan Abdullah pagi tadi sekali lagi  menitahkan semua agensi berkaitan membuat persediaan menyeluruh yang rapi demi kemaslahatan ummah, bagi menghadapi risiko banjir susulan Monsun Timur Laut.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat